‘Tanggapan Salah yang Popular dalam Astronomi’ ini saya ciplak dari buku teks Horizons: Exploring the Universe, edisi antarabangsa yang ditulis oleh Michael Seeds dan Dana Backman. Buku tersebut adalah buku teks tahun 1 saya di Universiti Malaya untuk subjek General Astronomy. Apa yang saya buat ialah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (gred C haha) dan memudahkan penggunaan katanya supaya mudah dibaca (dah cakap gred C). Tujuan utama untuk simpanan diri sendiri dan mudah untuk imbas kembali. Buku ni tebal kot, saiz A4 plak tu. Kalau tak puas hati cakap.

Ahad, 7 Ogos 2016

Tanggapan Salah 9

Kita selalu ingat tujuan teleskop tu adalah untuk membesarkan objek yang kita nak tengok. Sebenarnya, peranan teleskop bukan seperti kanta pembesar sekali pun teleskop memang mempunyai bahagian komponen kuasa pembesar iaitu kanta mata (eyepiece). Tapi kanta mata ni ada saiz tertentu yang kita boleh tukar macam tu ja mengikut pembesaran imej yang kita nak dan fungsi ni adalah fungsi yang paling akhir pentingnya dalam penggunaan teleskop. Untuk melihat objek dengan jelas dan terperinci bergantung kepada kuasa pengumpulan cahaya (light-gathering power) dan keupayaan resolusi (resolving power) yang berkait secara langsung dengan kanta/cermin primer dalam badan teleskop. Semakin besar teleskop, semakin bagus keupayaan resolusinya. Kalaulah buatnya kanta/cermin primer ni besar je tapi permukaan optikalnya tercalar, imej bagi objek yang korang tengok takkan jelas. Sebab itu lah ahli astronomi atau para amatur sekalian kalau nak beli teleskop, depa akan berminat nak tahu berapa diameter teleskop tu yang merujuk kepada diameter kanta/cermin primer tu bukan kepada jumlah kuasa pembesarnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan