‘Tanggapan Salah yang Popular dalam Astronomi’ ini saya ciplak dari buku teks Horizons: Exploring the Universe, edisi antarabangsa yang ditulis oleh Michael Seeds dan Dana Backman. Buku tersebut adalah buku teks tahun 1 saya di Universiti Malaya untuk subjek General Astronomy. Apa yang saya buat ialah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (gred C haha) dan memudahkan penggunaan katanya supaya mudah dibaca (dah cakap gred C). Tujuan utama untuk simpanan diri sendiri dan mudah untuk imbas kembali. Buku ni tebal kot, saiz A4 plak tu. Kalau tak puas hati cakap.

Sabtu, 6 Ogos 2016

Tanggapan Salah 7

Spektrum elektromagnet.
Semakin berkurang jarak gelombang,
semakin tinggi frekuensi, menandakan kuasa
tenaga yang dibawa juga adalah tinggi.
Sinaran(radiasi) merujuk kepada apa-apa sinaran yang memancar daripada satu sumber. Sinaran yang mengandungi partikel bertenaga tinggi (UHECR – ultra-high-energy cosmic ray) yang dipancarkan atom beradioaktif adalah merbahaya dan mungkin sebab itu setiap kali mendengar perkataan ‘radiation’, kita disarankan untuk berjaga-jaga (terutamanya depa yang suka main game tembak-tembak ni suka kalau nampak bahan beradioaktif). Tetapi cahaya, sama seperti semua sinaran berelektromagnet, tersebar luas daripada sumbernya. Sebab itu kita perlu betulkan pemahaman kita bahawa cahaya sebagai satu bentuk sinaran yang tampak dan tidak tampak (visible and invisible light).

Kebanyakan cahaya ini diserap masuk melalui permukaan atmosfera bumi manakala jenis cahaya yang bersinaran tinggi (atau mempunyai jarak gelombang yang pendek) akan ditapis kerana boleh membahayakan kehidupan bumi. Gambar bawah ni menunjukkan cahaya tampak (visible light) tu bermula dari warna merah ke ungu violet iaitu warna-warna yang kita lihat di sekeliling kita sekarang ni dan juga jenis gelombang radio yang sampai ke permukaan bumi kerana sinaran ini sudah ditapis dan selamat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan