‘Tanggapan Salah yang Popular dalam Astronomi’ ini saya ciplak dari buku teks Horizons: Exploring the Universe, edisi antarabangsa yang ditulis oleh Michael Seeds dan Dana Backman. Buku tersebut adalah buku teks tahun 1 saya di Universiti Malaya untuk subjek General Astronomy. Apa yang saya buat ialah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (gred C haha) dan memudahkan penggunaan katanya supaya mudah dibaca (dah cakap gred C). Tujuan utama untuk simpanan diri sendiri dan mudah untuk imbas kembali. Buku ni tebal kot, saiz A4 plak tu. Kalau tak puas hati cakap.

Selasa, 2 Ogos 2016

Tanggapan Salah 2

Apabila kita melihat satu imej/gambaran bintang-bintang yang diambil dari teleskop, kita akan nampak bintang-bintang tu semacam cakera atau titik-titik malap dan terang yang kita selalu anggap menggambarkan saiz bintang. Kononnya, titik cahaya yang besar menandakan saiz bintang tu besar, kalau titik tu kecil, bintang tu mesti kecil jugak. 

Contoh celestial photograph.
Pertama, bintang yang kita lihat tu ada yang sama saiz dengan matahari malah, ada yang lebih besar. Oleh kerana jarak bintang tersebut terlalu jauh, kita hanya mampu melihat mereka seperti tompok-tompok cahaya yang bertempek di sekeliling langit bumi.  Alpha Centauri, berjarak 4.2 tahun cahaya dari bumi adalah bintang yang paling dekat dengan sistem solar kita tetapi masih nampak seperti setitik cahaya yang kecil dan malap. Gunalah teleskop yang paling besar kat bumi pun. 

Kedua, oleh sebab jarak bintang tu yang menyebabkan limitasi pandangan kita, jadinya perbezaan malap dan terang titik cahaya imej yang diambil teleskop tadi menggambarkan kecerahan sesuatu bintang, bukan menunjukkan pada saiznya. Bintang yang terang menghasilkan titik cahaya yang lebih besar, bintang yang malap menghasilkan titik cahaya yang kecil ja. Macam ni lah proses ahli astronomi merakamkan kecerahan bintang dalam fotograf.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan