Semua benda yang ada di
sekeliling kita; kerusi, meja, kipas, katil dan sebagainya nampak macam objek
yang solid dan padu. Sebab ikut deria mata dan sentuhan kita, objek itu ada dan
dapat dipegang kita. Takda masalah tapi fikirkan sekali lagi. Unsur tampak paling
asas bagi setiap kewujudan makhluk dalam alam semesta adalah atom. Walhal, setiap
objek terdiri daripada pelbagai atom yang dianggap
sebagai jirim pepejal itu adalah ruang kosong yang terdiri daripada nukleus
(proton dan neutron) dan dikelilingi elektron. Atom hydrogen sebagai contoh, berjisim
1.67 x 10₋₂₇ kg iaitu lebih kurang 1 trillion daripada 1 trillion daripada 1
gram. Manakala proton dan neutron mempunyai jisim lebih 2000 kali ganda jisim
bagi satu elektron jadi, jisim bagi satu atom sejumlah besarnya terkumpul dalam
nukleus.
Mengambil juga atom hidrogen
sebagai contoh, nukleusnya terdiri daripada atom tunggal dengan diameter lebih
kurang 1.6 x 10‐₁₅ m. Jika kita mendarabkannya dengan 1 trillion (10₁₂)
bersamaan dengan 0.16 cm yang bolehlah kita samakan saiz tersebut dengan sebiji
benih anggur. Lepas tu, ruang orbit elektron pula berdiameter 0.24
nm(nanometer) atau 2.4 x 10₋₁₀ m. Darabkan juga angka tersebut dengan 1
trillion dan kita akan dapat 240 m, boleh disamakan dengan panjang saiz 3 buah
padang bola sepak. Sekarang cuba bayangkan dalam minda,
sebiji benih besar benih anggur tu diletakkan di tengah-tengah bulatan
berdiameter 3 buah padang bola sepak. Itulah umpama ruang yang dimiliki nukleus
dan elektron dalam satu atom. Banyak ruang kosong, kan?
Walaubagaimanapun,
pandangan bahawa atom bergerak dalam ruang tertentu mengikut hukum tertentu
adalah bagi memudahkan gambaran kita untuk menggambarkan perjalanan elektron
akan tetapi, elektron mempunyai titik bergerak yang ketumpatannya maksimum dan
titik itu bergerak sungguh deras hinggakan kesannya dirasai di mana-mana dalam
lingkungan julat keaktifan elektron itu berhubung dengan nukleus atom.
So, let’s assume that
the floor you’re walking on, the chair you’re sitting on, are mostly not there.










