‘Tanggapan Salah yang Popular dalam Astronomi’ ini saya ciplak dari buku teks Horizons: Exploring the Universe, edisi antarabangsa yang ditulis oleh Michael Seeds dan Dana Backman. Buku tersebut adalah buku teks tahun 1 saya di Universiti Malaya untuk subjek General Astronomy. Apa yang saya buat ialah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (gred C haha) dan memudahkan penggunaan katanya supaya mudah dibaca (dah cakap gred C). Tujuan utama untuk simpanan diri sendiri dan mudah untuk imbas kembali. Buku ni tebal kot, saiz A4 plak tu. Kalau tak puas hati cakap.

Khamis, 4 Ogos 2016

Tanggapan Salah 5

Jika kita memerhatikan gerhana matahari, kita tak boleh melihatnya secara langsung kerana retina mata boleh ‘terbakar’ atau kesan-kesan lain yang menggerunkan. Risau jadinya, ramai mengambil langkah lebih berhati-hati apabila menyaksikan gerhana; memakai cermin mata hitam, film atau kain hitam yang jarang, sedangkan cahaya matahari pada hari-hari biasa pun boleh mengakibatkan kesan yang sama. Hanya semasa gerhana penuh/total (totality), lapisan fotosfera matahari bersembunyi di belakang bulan menyebabkan ianya selamat untuk dilihat secara langsung tanpa sekatan. 

Gerhana matahari berlaku dalam 4 cara; total(totality), separa(partial), cincin(annular) dan hybrid. Setiap kali berlaku, bulan mesti dalam fasa anak bulan. Sebut sekali harung ja, ok. 

Gerhana total adalah gerhana penuh, yang mana posisi bulan akan melindungi seluruh permukaan lapisan fotosfera matahari. Sebab itu, yang tinggal atau yang kita dapat saksikan hanya lapisan korona dan prominens matahari sekaligus selamat untuk dilihat secara langsung.

Gerhana matahari separa berlaku apabila matahari hanya dilindungi separuh sahaja daripada posisi bulan, maka bayang-bayang bulan yang jatuh ke bumi akan menampakkan matahari seperti ‘digigit’ oleh bayang-bayang bulan. Lapar plak rasanya. Manakala, gerhana cincin dinamakan seperti tu sebab posisi bulan hanya melindungi ruang tengah matahari tetapi lingkaran hujung matahari terbiar. Benda ni berlaku sebab posisi bulan ketika tu agak jauh daripada bumi, menampakkan dirinya lebih kecil daripada matahari dan bayang-bayang umbra yang jatuh tu tak sampai sangat ke permukaan bumi. Hasilnya, akan terjadi semacam bentuk cincin. Lapisan fotosfera yang tidak dilindung di hujung matahari tu akan tetap degil mahu menyerlahkan dirinya, lalu cahaya fotosfera bersinar dari celah bayang-bayang bulan dan menghasilkan kesan dramatic seperti diamond ring yang kebiasaannya juga merupakan waktu kemuncak gerhana disaksikan.



Yang terakhir adalah gerhana hybrid yang rare. Keistimewaannya ialah apabila gerhana hybrid berlaku, gerhana ini dapat disaksikan secara gerhana total di sesetengah kawasan manakala di sesetengah kawasan lain dilihat sebagai gerhana cincin.



Ceritanya, gerhana hybrid ni mula dan tamat sebagai gerhana cincin. Cuma disebabkan permukaan melengkung bumi, dan of course lah laluan orbit bulan pun melengkung juga menyebabkan saiz bulan tu tiba-tiba membesar sikit semasa sampai ke tengah lengkungan lingkaran orbit menyebabkan posisi bulan pada saat-saat itu membolehkan ia melindungi keseluruhan matahari dan terjadi gerhana total. Jadi, peluang untuk menyaksikan fenomena ini hanya berlaku di kawasan yang tertentu sahaja dan kawasan yang lain akan tetap meyaksikan gerhana cincin kat tempat mereka. 

Oleh itu, kawan-kawan, jangan gatal nak tenung-tenung matahari macam tu ja tak kisahlah sewaktu terjadi gerhana atau tidak sebab photospere, if not entirely, is always even slightly want to be there.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan