Jika kita memerhatikan gerhana
matahari, kita tak boleh melihatnya secara langsung kerana retina mata boleh
‘terbakar’ atau kesan-kesan lain yang menggerunkan. Risau jadinya, ramai
mengambil langkah lebih berhati-hati apabila menyaksikan gerhana; memakai cermin
mata hitam, film atau kain hitam yang jarang, sedangkan cahaya matahari pada
hari-hari biasa pun boleh mengakibatkan kesan yang sama. Hanya semasa gerhana
penuh/total (totality), lapisan fotosfera matahari bersembunyi di
belakang bulan menyebabkan ianya selamat untuk dilihat secara langsung tanpa
sekatan.
Gerhana matahari berlaku dalam 4
cara; total(totality), separa(partial), cincin(annular)
dan hybrid. Setiap kali berlaku, bulan mesti dalam fasa anak bulan. Sebut sekali
harung ja, ok.
Gerhana total adalah gerhana
penuh, yang mana posisi bulan akan melindungi seluruh permukaan lapisan fotosfera
matahari. Sebab itu, yang tinggal atau yang kita dapat saksikan hanya lapisan korona
dan prominens matahari sekaligus selamat untuk dilihat secara langsung.
Gerhana
matahari separa berlaku apabila matahari hanya dilindungi separuh sahaja
daripada posisi bulan, maka bayang-bayang bulan yang jatuh ke bumi akan
menampakkan matahari seperti ‘digigit’ oleh bayang-bayang bulan. Lapar plak
rasanya. Manakala, gerhana cincin
dinamakan seperti tu sebab posisi bulan hanya melindungi ruang tengah matahari
tetapi lingkaran hujung matahari terbiar. Benda ni berlaku sebab posisi bulan
ketika tu agak jauh daripada bumi, menampakkan dirinya lebih kecil daripada
matahari dan bayang-bayang umbra yang jatuh tu tak sampai sangat ke permukaan
bumi. Hasilnya, akan terjadi semacam bentuk cincin. Lapisan fotosfera yang
tidak dilindung di hujung matahari tu akan tetap degil mahu menyerlahkan
dirinya, lalu cahaya fotosfera bersinar dari celah bayang-bayang bulan dan menghasilkan
kesan dramatic seperti diamond ring yang kebiasaannya juga merupakan
waktu kemuncak gerhana disaksikan.

Yang terakhir adalah gerhana
hybrid yang rare. Keistimewaannya ialah apabila gerhana hybrid berlaku,
gerhana ini dapat disaksikan secara gerhana total di sesetengah kawasan
manakala di sesetengah kawasan lain dilihat sebagai gerhana cincin.
Ceritanya, gerhana hybrid ni mula
dan tamat sebagai gerhana cincin. Cuma disebabkan permukaan melengkung bumi,
dan of course lah laluan orbit bulan pun melengkung juga menyebabkan
saiz bulan tu tiba-tiba membesar sikit semasa sampai ke tengah lengkungan lingkaran
orbit menyebabkan posisi bulan pada saat-saat itu membolehkan ia melindungi
keseluruhan matahari dan terjadi gerhana total. Jadi, peluang untuk menyaksikan
fenomena ini hanya berlaku di kawasan yang tertentu sahaja dan kawasan yang
lain akan tetap meyaksikan gerhana cincin kat tempat mereka.
Oleh itu, kawan-kawan, jangan gatal nak tenung-tenung matahari macam tu ja tak kisahlah sewaktu terjadi gerhana atau tidak sebab photospere, if not entirely, is always even slightly want to be there.