‘Tanggapan Salah yang Popular dalam Astronomi’ ini saya ciplak dari buku teks Horizons: Exploring the Universe, edisi antarabangsa yang ditulis oleh Michael Seeds dan Dana Backman. Buku tersebut adalah buku teks tahun 1 saya di Universiti Malaya untuk subjek General Astronomy. Apa yang saya buat ialah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (gred C haha) dan memudahkan penggunaan katanya supaya mudah dibaca (dah cakap gred C). Tujuan utama untuk simpanan diri sendiri dan mudah untuk imbas kembali. Buku ni tebal kot, saiz A4 plak tu. Kalau tak puas hati cakap.

Selasa, 9 Ogos 2016

Tanggapan Salah 10

Semua benda yang ada di sekeliling kita; kerusi, meja, kipas, katil dan sebagainya nampak macam objek yang solid dan padu. Sebab ikut deria mata dan sentuhan kita, objek itu ada dan dapat dipegang kita. Takda masalah tapi fikirkan sekali lagi. Unsur tampak paling asas bagi setiap kewujudan makhluk dalam alam semesta adalah atom. Walhal, setiap objek terdiri daripada pelbagai atom yang dianggap sebagai jirim pepejal itu adalah ruang kosong yang terdiri daripada nukleus (proton dan neutron) dan dikelilingi elektron. Atom hydrogen sebagai contoh, berjisim 1.67 x 10₋₂₇ kg iaitu lebih kurang 1 trillion daripada 1 trillion daripada 1 gram. Manakala proton dan neutron mempunyai jisim lebih 2000 kali ganda jisim bagi satu elektron jadi, jisim bagi satu atom sejumlah besarnya terkumpul dalam nukleus.

Mengambil juga atom hidrogen sebagai contoh, nukleusnya terdiri daripada atom tunggal dengan diameter lebih kurang 1.6 x 10‐₁₅ m. Jika kita mendarabkannya dengan 1 trillion (10₁₂) bersamaan dengan 0.16 cm yang bolehlah kita samakan saiz tersebut dengan sebiji benih anggur. Lepas tu, ruang orbit elektron pula berdiameter 0.24 nm(nanometer) atau 2.4 x 10₋₁₀ m. Darabkan juga angka tersebut dengan 1 trillion dan kita akan dapat 240 m, boleh disamakan dengan panjang saiz 3 buah padang bola sepak. Sekarang cuba bayangkan dalam minda, sebiji benih besar benih anggur tu diletakkan di tengah-tengah bulatan berdiameter 3 buah padang bola sepak. Itulah umpama ruang yang dimiliki nukleus dan elektron dalam satu atom. Banyak ruang kosong, kan?

Walaubagaimanapun, pandangan bahawa atom bergerak dalam ruang tertentu mengikut hukum tertentu adalah bagi memudahkan gambaran kita untuk menggambarkan perjalanan elektron akan tetapi, elektron mempunyai titik bergerak yang ketumpatannya maksimum dan titik itu bergerak sungguh deras hinggakan kesannya dirasai di mana-mana dalam lingkungan julat keaktifan elektron itu berhubung dengan nukleus atom.

So, let’s assume that the floor you’re walking on, the chair you’re sitting on, are mostly not there. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan