‘Tanggapan Salah yang Popular dalam Astronomi’ ini saya ciplak dari buku teks Horizons: Exploring the Universe, edisi antarabangsa yang ditulis oleh Michael Seeds dan Dana Backman. Buku tersebut adalah buku teks tahun 1 saya di Universiti Malaya untuk subjek General Astronomy. Apa yang saya buat ialah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (gred C haha) dan memudahkan penggunaan katanya supaya mudah dibaca (dah cakap gred C). Tujuan utama untuk simpanan diri sendiri dan mudah untuk imbas kembali. Buku ni tebal kot, saiz A4 plak tu. Kalau tak puas hati cakap.

Rabu, 3 Ogos 2016

Tanggapan Salah 4

Kalau tak fikir lama (macam saya dulu), kita beranggapan bahawa bintang-bintang hanya wujud pada malam hari. Bintang-bintang tu sebenarnya ada kat langit tak kira siang malam cuma pada waktu siang, bintang-bintang tu tak nampak sebab langit kita diterangi dengan cahaya matahari (kerana jarak bintang matahari sangat dekat, penerimaan cahayanya lebih banyak). Fenomena ni ramai dah tahu kot. Jah, you’re so lame. 


Dan bintang Polaris dijadikan sebagai bintang rujukan (Bintang Utara) kerana posisinya bukan sebab bintang Polaris tu bintang paling terang seperti yang orang selalu sangka. Pada abad yang akan datang, kemungkinan bintang rujuk itu akan bergerak dalam 5ᵒ ke arah bintang Vega(alpha Lyrae) dan meninggalkan bintang Polaris. Perubahan rujukan ni berlaku akibat perubahan kedudukan lokasi kutub cakerawala (north and south poles) dan garisan khatulistiwa (equator) akibat putaran paksi Bumi yang dinamakan peliukan. Peliukan berlaku seperti gyroscope (nak kampung sikit macam gasing lah, Beyblade tak jadi), yang apabila paksinya berputar akan menyebabkan terhasil pergerakan seperti bentuk kon dan kesan seperti inilah yang akan menyebabkan perpindahan bintang rujukan pada masa akan datang. Kena bersabar sikitlah, 12,000 tahun lebih kurang baru sampai ke Vega. Entah sempat hidup lagi ke tidak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan