‘Tanggapan Salah yang Popular dalam Astronomi’ ini saya ciplak dari buku teks Horizons: Exploring the Universe, edisi antarabangsa yang ditulis oleh Michael Seeds dan Dana Backman. Buku tersebut adalah buku teks tahun 1 saya di Universiti Malaya untuk subjek General Astronomy. Apa yang saya buat ialah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (gred C haha) dan memudahkan penggunaan katanya supaya mudah dibaca (dah cakap gred C). Tujuan utama untuk simpanan diri sendiri dan mudah untuk imbas kembali. Buku ni tebal kot, saiz A4 plak tu. Kalau tak puas hati cakap.

Selasa, 2 Ogos 2016

Tanggapan Salah 1

Tahun cahaya bukanlah unit masa tetapi unit jarak iaitu 1 tahun cahaya bersamaan 10₁₃ km atau 63,000 AU*. Penggunaan terma tahun cahaya selalu disalahgunakan dalam cerita2 sains fiksyen dan rancangan TV.  Jadi, kalau ada orang membebel, ‘Aku mengambil masa bertahun cahaya untuk siapkan tesis aku!” Kau bagitau dia, tahun cahaya tu jarak bukan masa.

*Astronomical Unit: AU ini ukuran yang dibuat oleh ahli astronomi untuk menetapkan jarak pada unit yang lebih besar apabila jarak scientific notation dalam km tu dah terlalu rumit dan panjang untuk dipakai. 1 AU sama dengan 1.5 x 10₈ km atau purata jarak bagi separuh diameter antara matahari dengan bumi. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan