Kali ni agak susah sikit, sebab
tanggapan ni seperti ada double misconceptions. Takpa, kalau aku punya
peluang buat kajian lebih mendalam, aku ingat nak buat esaimen terus,
selit-selit kat mana-mana subjek yang relevan.
Kebiasaan tanggapan bahawa
pengaruh bulan terhadap daya pasang surut bermaksud bulan mempunyai hubungan
keterikatan (affinity) dengan air –temasuklah air dalam badan kita dan
berkata setengah orang, macam tulah bagaimana bulan mempengaruhi kelakuan kita menjadi
ganjil. Benda ni tak benar (seperti yang ditulis dalam buku tapi aku masih
tawaquf).
Jika bulan hanya mempengaruhi air, secara saintifiknya, hanya
akan terjadi sekali pasang surut saja setiap hari iaitu pada sebelah bahagian
bumi, yang menghadap bulan tentunya. Sedang yang kita sudah maklum, graviti
bulan bertindak juga pada batu-batan atas bumi, dan terhasil juga bonjolan
pasang surut pada sebelah bahagian bumi yang membelakangi bulan. Batu-batan ini
memang tertarik dengan daya pasang surut dan sedar tak sedar, bumi melentur
atau meregang (flexes or stretched), bersama dengan gunung-ganang dan
dataran menaik dan menurun beberapa centimeter sebagai tindak balas terhadap
tarikan graviti bulan –differences in gravitational forces or gravitational
differential field. But, wait! We don’t see rocks or sand get levitate
during high tide! Ok, letak tepi dulu. Ukuran ni mikroskopik, sangat susah untuk kita
perhati, melainkan air laut yang mana kita boleh nampak tekanan airnya berubah seperti
fenomena pasang surut air laut. Oleh itu, bulan tidak mempunyai hubungan
keterikatan yang istimewa pun dengan air, dan kerana badan kita ni jisimnya
lebih kecil dari bumi, sebarang pasang surut pada badan kita sangat kecil, jauh
sekali dapat dikira.
The tidal bulges are fact, but
the explanation is quite problematic.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan