‘Tanggapan Salah yang Popular dalam Astronomi’ ini saya ciplak dari buku teks Horizons: Exploring the Universe, edisi antarabangsa yang ditulis oleh Michael Seeds dan Dana Backman. Buku tersebut adalah buku teks tahun 1 saya di Universiti Malaya untuk subjek General Astronomy. Apa yang saya buat ialah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (gred C haha) dan memudahkan penggunaan katanya supaya mudah dibaca (dah cakap gred C). Tujuan utama untuk simpanan diri sendiri dan mudah untuk imbas kembali. Buku ni tebal kot, saiz A4 plak tu. Kalau tak puas hati cakap.

Rabu, 3 Ogos 2016

Tanggapan Salah 3

Galaksi merujuk kepada sistem suria kita dengan berbilion bintang-bintang dan macam-macam planet yang mengelilingi(mengorbit) depa. Sistem suria hanya terhad kepada bintang matahari dan 9  planet yang mengorbit matahari termasuklah Bumi. Alam semesta/kosmos pula meliputi kesemua objek samawi yang ada; galaksi-galaksi, bintang-bintang, planet-planet serta objek-objek yang lain (komet, meteor, asteroid bla bla). Jangan terkeliru dan senyumlah manis-manis kalau ada yang kata, “This universe consist of Sun and our solar system..” 

Tanggapan Salah 4

Kalau tak fikir lama (macam saya dulu), kita beranggapan bahawa bintang-bintang hanya wujud pada malam hari. Bintang-bintang tu sebenarnya ada kat langit tak kira siang malam cuma pada waktu siang, bintang-bintang tu tak nampak sebab langit kita diterangi dengan cahaya matahari (kerana jarak bintang matahari sangat dekat, penerimaan cahayanya lebih banyak). Fenomena ni ramai dah tahu kot. Jah, you’re so lame. 


Dan bintang Polaris dijadikan sebagai bintang rujukan (Bintang Utara) kerana posisinya bukan sebab bintang Polaris tu bintang paling terang seperti yang orang selalu sangka. Pada abad yang akan datang, kemungkinan bintang rujuk itu akan bergerak dalam 5ᵒ ke arah bintang Vega(alpha Lyrae) dan meninggalkan bintang Polaris. Perubahan rujukan ni berlaku akibat perubahan kedudukan lokasi kutub cakerawala (north and south poles) dan garisan khatulistiwa (equator) akibat putaran paksi Bumi yang dinamakan peliukan. Peliukan berlaku seperti gyroscope (nak kampung sikit macam gasing lah, Beyblade tak jadi), yang apabila paksinya berputar akan menyebabkan terhasil pergerakan seperti bentuk kon dan kesan seperti inilah yang akan menyebabkan perpindahan bintang rujukan pada masa akan datang. Kena bersabar sikitlah, 12,000 tahun lebih kurang baru sampai ke Vega. Entah sempat hidup lagi ke tidak.



Selasa, 2 Ogos 2016

Tanggapan Salah 2

Apabila kita melihat satu imej/gambaran bintang-bintang yang diambil dari teleskop, kita akan nampak bintang-bintang tu semacam cakera atau titik-titik malap dan terang yang kita selalu anggap menggambarkan saiz bintang. Kononnya, titik cahaya yang besar menandakan saiz bintang tu besar, kalau titik tu kecil, bintang tu mesti kecil jugak. 

Contoh celestial photograph.
Pertama, bintang yang kita lihat tu ada yang sama saiz dengan matahari malah, ada yang lebih besar. Oleh kerana jarak bintang tersebut terlalu jauh, kita hanya mampu melihat mereka seperti tompok-tompok cahaya yang bertempek di sekeliling langit bumi.  Alpha Centauri, berjarak 4.2 tahun cahaya dari bumi adalah bintang yang paling dekat dengan sistem solar kita tetapi masih nampak seperti setitik cahaya yang kecil dan malap. Gunalah teleskop yang paling besar kat bumi pun. 

Kedua, oleh sebab jarak bintang tu yang menyebabkan limitasi pandangan kita, jadinya perbezaan malap dan terang titik cahaya imej yang diambil teleskop tadi menggambarkan kecerahan sesuatu bintang, bukan menunjukkan pada saiznya. Bintang yang terang menghasilkan titik cahaya yang lebih besar, bintang yang malap menghasilkan titik cahaya yang kecil ja. Macam ni lah proses ahli astronomi merakamkan kecerahan bintang dalam fotograf.   


Tanggapan Salah 1

Tahun cahaya bukanlah unit masa tetapi unit jarak iaitu 1 tahun cahaya bersamaan 10₁₃ km atau 63,000 AU*. Penggunaan terma tahun cahaya selalu disalahgunakan dalam cerita2 sains fiksyen dan rancangan TV.  Jadi, kalau ada orang membebel, ‘Aku mengambil masa bertahun cahaya untuk siapkan tesis aku!” Kau bagitau dia, tahun cahaya tu jarak bukan masa.

*Astronomical Unit: AU ini ukuran yang dibuat oleh ahli astronomi untuk menetapkan jarak pada unit yang lebih besar apabila jarak scientific notation dalam km tu dah terlalu rumit dan panjang untuk dipakai. 1 AU sama dengan 1.5 x 10₈ km atau purata jarak bagi separuh diameter antara matahari dengan bumi.